amacam cuti raya cina ni? haha mine macam sambut hari raya aidilfitri pulak ade rebusan dan makan makan heee meriah jugak la alhamdulillah sempat jugak la belajar macam mana nak potong kain untuk buat baju kurung dengan my aunt kehkehkeh baru sekali tengok masih tidak mahir.pffth =P
my thought semasa membuka peti sejuk untuk mengambil limau mandarin "aku nk ambik yang cantik lah" mengupas dan memakan satu persatu isinya. pada ulasan yang pertama sedikit manis dan selebihnya adalah tawar. jika disamakan dengan perhubungan manusia yang pada permulaannya adalah sangat manis dan berbunga bunga tapi malangnya ada juga yang pahit begitu juga pada sebiji limau yang luarnya cantik tetapi dalamnya agak tawar dan pahit, ianya bergantung pada pemakan itu sendiri terpulanglah samaada mahu menghabiskan sebiji limau itu sehingga ulasan yang terakhir atau berhenti untuk makan pada ulasan yang pahit kemudian buang ke dalam tong sampah.
kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras mampu berfikir dan jika akal didorong untuk memikirkan keburukan keburukan tanpa membuang segala kebaikan,pada pandangan saya seorang manusia itu sudah mumtaz dalam menjadi hamba Allah yang baik.jika merasakan diri diambil kesempatan oleh orang lain,nasihat saya lihatlah kembali kebaikan kebaikan yang telah orang lain buat untuk kita.insyaallah hati kita akan ikhlas.
situasi berbeza pula jika dibandingkan dengan sebiji strawberry, yang mana boleh berubah rasa mengikut cuaca.umpama perasaan manusia lah.seorang perempuan akan berasa sedih apabila dirinya dibandingkan dengan sesuatu yang lebih cantik dari dirinya sendiri mereka merasakan diri mereka tidak cukup bagus untuk didampingi.merasa kekurangan.walaupun mungkin mereka akan berkata "tidak cemburu" tetapi jauh dari sudut hati hanya Allah sahaja yang tahu.berpunca dari itu wujudlah "silent tear" yang mana mampu menggangu perasaannya.anda mungkin lihat dia tersenyum manis kerana tidak mahu anda tahu apa yang terbuku dihatinya.dan mungkin terus berjalan tanpa menoleh kearah anda.
jika ditanya mengapa, mungkin ada yang akan mengambil masa sedikit lama untuk meluahkan.bersabarlah sedikit dan berilah dia masa dengan izin allah anda mungkin akan melihat dia tertawa pula.faham maksud saya?
oh kenapa malam tahun baru cina saya begitu puitis.haha aku pun tidak tahu..
assalammualaikum.
semoga bahagia yang kita cari selama ini menjadi milik kita.amin ya rabbal alamin.
bye ^____^

1 27311 orang rajin komen:
sungguh mendalam maksud ni...:)
Post a Comment